 |
|
Syarat Permohonan Pas Keselamatan
1. Pas keselamatan Eletronik hanya layak dipohon bagi
pegawai dan kakitangan yang bertugas di
Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang.
2. Pas baru tidak dikenakan sebarang
bayaran. Manakala pas yang rosak atau hilang
akan dikenakan bayaran bagi mendapatkan pas
keselamatan baru.
3. Bagi pegawai dan kakitangan yang bekerja sambilan,
|
|
 |
sementara dan kontrak hendaklah mendapatkan pas sementara di Unit Pengurusan Bangunan dan Aset.
4. Bagi pegawai dan kakitangan Persekutuan yang bekerja di Wisma Sri Pahang hendaklah mendapatkan Pas
Keselamatan Manual di Unit Pengurusan Bangunan dan Aset.
Syarat Permohonan Pelekat Kenderaan
1. Pelekat adalah untuk tujuan kereta sendiri dan tidak boleh ditukar milik kepada pemilik lain dan akan
luput dengan sendirinya jika kereta yang didaftarkan bukan milik sendiri.
2. Pentadbiran SUK Pahang berhak menarik balik atau membatalkan Pelekat Kereta yang dibekalkan jika
tidak mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan dari semasa ke semasa.
3. Pelekat Kereta hendaklah dipulangkan kembali sekiranya tidak lagi berkhidmat di jabatan sekarang.
|
Hak Cipta Terpelihara © 2012
Bahagian Teknologi Maklumat Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang.
Paparan terbaik dengan menggunakan Internet Explorer 5.0 ke atas (1024 x 768 piksel)
|
|