Selamat Datang ke Sistem Permohonan Pas Keselamatan & Pelekat Kenderaan Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang
LAMAN UTAMA SISTEM e-PASKAT HUBUNGI KAMI

SYARAT PERMOHONAN PAS KESELAMATAN
Mohon Online Di Sini

1. Pas keselamatan Eletronik hanya layak dipohon bagi
    pegawai dan kakitangan yang bertugas di
    Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang.

2. Pas baru tidak dikenakan sebarang
    bayaran. Manakala pas yang rosak atau hilang
    akan dikenakan bayaran bagi mendapatkan pas
    keselamatan baru.
   
3. Bagi pegawai dan kakitangan yang bekerja sambilan,
    sementara dan kontrak hendaklah mendapatkan pas
    sementara di Unit Pengurusan Bangunan dan Aset.
      
4. Bagi pegawai dan kakitangan Persekutuan yang bekerja di Wisma Sri Pahang hendaklah mendapatkan Pas
    Keselamatan Manual di Unit Pengurusan Bangunan dan Aset.

SYARAT PERMOHONAN PELEKAT KENDERAAN
Mohon Online Di Sini

1. Pelekat adalah untuk tujuan kereta sendiri dan tidak boleh ditukar milik kepada pemilik lain dan akan
    luput dengan sendirinya jika kereta yang didaftarkan bukan milik sendiri.

2. Pentadbiran SUK Pahang berhak menarik balik atau membatalkan Pelekat Kereta yang dibekalkan jika
    tidak mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan dari semasa ke semasa.

3. Pelekat Kereta hendaklah dipulangkan kembali sekiranya tidak lagi berkhidmat di jabatan sekarang.


Hak Cipta Terpelihara © 2012 Bahagian Teknologi Maklumat Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang.
Paparan terbaik dengan menggunakan Internet Explorer 5.0 ke atas (1024 x 768 piksel)